Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.
Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.
Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024‘PROGRAM CUTI SEKOLAH’ KERJASAMA PEDi SERKAM, PEDi SG. RAMBAI & PEDi MERLIMAU
Aktiviti Terkini | 13 November 2022
Program Cuti Sekolah diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti dengan melakukan aktiviti berfaedah ...........baca selanjutnya
‘SUKANEKA SEMPENA HARI KANAK-KANAK’ KERJASAMA PEDi SERKAM, PEDi SG. RAMBAI, PEDi MERLIMAU & PEDi KEMENDOR
Aktiviti Terkini | 13 November 2022Objektif kursus ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan silaturrahim diantara kanak-kanak dan para ibubapa...........baca selanjutnya
KUIZ ONLINE KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022Mendidik peserta untuk menggunakan internet dengan cara yang selamat..........baca selanjutnya
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN (KERJASAMA PEDi SERKAM, PEDI SG. RAMBAI, PEDi TAMAN MUHIBBAH & PEDi KEMENDOR)
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2022Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan .........baca selanjutnya
PENGENALAN CANVA
Aktiviti Terkini | 22 September 2022Pelajar dapat tingkatkan penglibatan dengan kandungan asal, dan dapat mencetuskan penglibatan dengan gif, video, animasi dan muzik.........baca selanjutnya
JOM JANA PENDAPATAN
Aktiviti Terkini | 10 September 2022Ilmu pengetahuan dalam berniaga adalah asas utama untuk memastikan sesuatu bisnes itu berjaya. ........baca selanjutnya
TIPS KEKAL POSITIF
Aktiviti Terkini | 10 September 2022Dapat menjaga kesihatan mental.........baca selanjutnya
“SEMANGAT KEMERDEKAAN” : KUIZ KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan...........baca selanjutnya
“SEMANGAT KEMERDEKAAN” : PERTANDINGAN MEWARNA
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan...........baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK ( KESELAMATAN SIBER)
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2022Mendidik rakyat Malaysia untuk menggunakan internet dengan cara yang selamat.........baca selanjutnya
PAMERAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI MELAKA TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 15 - 17 Julai 2022Menghargai dan meraikan segala titik peluh dan sumbangan warga peladang, penternak dan nelayan dalam menghasilkan rezeki disamping meningkatkan pertumbuhan ekonomi..........baca selanjutnya
KEHAMILAN REMAJA
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022Memberi pengetahuan akan kesan seks bebas........baca selanjutnya
GAYA HIDUP SIHAT
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022Berkongsi akan manfaat ketika mengamalkan gaya hidup sihat........baca selanjutnya
HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 8 Mei 2022Berkongsi bagaimana adab ketika menziarahi rumah tetamu........baca selanjutnya
PERBEZAAN AIDILFITRI DI SETIAP NEGARA
Aktiviti Terkini | 1 Mei 2022Menghormati adat sesebuah kaum dan negara dalam meraikan sambutan Hari Raya........baca selanjutnya
MASJID TERCANTIK DI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Memberi inspirasi cara reka bentuk bangunan kepada orang ramai........baca selanjutnya
PERISTIWA KETIKA BULAN RAMADAN
Aktiviti Terkini | 1 April 2022Menyemarakkan semangat menyambut bulan ramadan........baca selanjutnya
KARNIVAL JUALAN KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 13 Februari 2022Inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dalam kalangan berpendapatan rendah.............baca selanjutnya
e-DAGANG
Aktiviti Terkini | 10 Januari 2022Menggalakkan peniaga untuk berniaga di platform E-Dagang............baca selanjutnya
PULAU MENARIK DI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2022Menghebahkan kepada orang ramai/pelancong akan pulau di Malaysia............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya