KLIK DENGAN BIJAK ( KESELAMATAN SIBER)

Aktiviti terkini | 28 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsan Tun Syed Zahiruddin, Merlimau Melaka.

Ringkasan Aktiviti :
Klik Dengan Bijak adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata. Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika.


Tujuan :
• Mendidik rakyat Malaysia untuk menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk berwaspada semasa berinteraksi dalam talian di internet.
• Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan semua maklumat atau kandungan di internet

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam bermula dari 03:00 petang sehingga 05:00 petang bersama para guru SMK TUSZA seramai 80 orang guru menyertai program ini dan program ini berlangsung di bilik Mesyuarat Akasia SMK TUSZA.

Kelebihan Aktiviti :
• Menghasilkan pengguna yang celik teknologi dan kandungan media baharu.
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet untuk sentiasa beretika dan juga menghormati kepentingan pengguna lain.
• Mendidik pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk pengguna internet.
• Menekankan pelbagai prinsip Rukun Negara yang merangkumi semua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :