KUIZ ONLINE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 15 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam Ringkasan Aktiviti :
Klik Dengan Bijak adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata. Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika.

Tujuan :
• Mendidik peserta untuk menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk pengguna internet.
• Untuk menggalakkan peserta menggunakan semua maklumat atau kandungan di internet secara positif.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10:00 Pagi – Bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam

Kelebihan Aktiviti :
• Menghasilkan pengguna yang celik teknologi dan kandungan media baharu.
• Mendidik pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :