Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.

Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.

Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


AKTIVITI AKHIR TAHUN 2019 (EDUCATION GAME)

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019

Melihat kreativiti peserta dalam mencari ayat dalam silang kata seperti nama Negara....baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA@POLITEKNIK MERLIMAU (I-CARE) 6.0 TAHUN 2019 BERSAMA JOBSMALAYSIA (MELAKA)

Aktiviti Terkini | 19 November 2019

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA JOBSMALAYSIA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

PROGRAM GATHERING ALUMNI TOWARDS EMPLOYABILITY (GATE@UTEM 2019) DENGAN KERJASAMA JOBSMALAYSIA MELAKA

Aktiviti Terkini | 18 September 2019

Objektif memberi peluang kerja pada yang sedang mencari pekerjaan terutama para pelajar UTEM tahun akhir...baca selanjutnya

KARNIVAL SAHABAT BIJAK (MELAKA)

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2019

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

Karnival Kerjaya 2019 Bersama JobsMalaysia (Melaka)

Aktiviti Terkini | 6 julai 2019

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim antara komuniti dengan pekerja Pusat Internet serta Memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti.Disamping itu dapat Mengeratkan silaturahim pada semua yang terlibat dalam Memberi peluang kerja pada yang sedang mencari pekerjaan...baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program ini membudayakan semangat bersatu padu tidak mengira peringkat umur mahupun kaum....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT Taman Seri Serkam

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama,disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PIM dengan komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Melaka

Aktiviti Terkini | 3 April 2019

Dapat melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan dan melihat tahap kreativiti dan kepantasan peserta dalam program yang disediakan... baca selanjutnya

Program Advokasi ‘Klik Dengan Bijak' Di Sekolah Kebangsaan Alai

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Dapat melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan dan melihat tahap kreativiti dan kepantasan peserta dalam program yang disediakan... baca selanjutnya

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2019

Objektifnya adalah menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti dan berkongsi idea dan pendapat serta mengambil kira inisiatif yang diusulkan serta bekerjasama dalam menjayakan apa yang dihajati... baca selanjutnya

Jigsaw Puzzle Online

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Bertujuan untuk peserta dapat mengikuti aktiviti bersama & dapat mengeratkan silaturahim bersama para peserta, dapat berinteraksi antara peserta & staff dan menguji kepantasan peserta dalam bermain games yang disediakan... baca selanjutnya