Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.

Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.

Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Pengurusan Jenazah anjuran Surau Az-Zakirin, Taman Rimbunan Kaseh

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Untuk mengajar kemahiran menguruskan jenazah dan memberikan kesedaran mengenai pengurusan jenazah serta mengendalikan aktiviti mengurus jenazah... baca selanjutnya

Pertandingan Reka Cipta 2018

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Melaka

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan PI bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat dan menjadikan Pusat Internet sebagai 1 stop Centre... baca selanjutnya

Program Pembelajaran Kulinari Makanan, Buah & Kek Anjuran KRT Taman Seri Serkam

Aktiviti Terkini | 23 September 2018

Untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan serta untuk mengamalkan sistem keselamatan, kawalan kebersihan dan kebersihan makanan... baca selanjutnya

Taklimat KDB Kolaborasi PI Serkam, PI Chabau & PI Taman Paya Dalam

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2018

Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga)... baca selanjutnya

MCMC Program : Internet Of Thing (IOT) Workshop Bersama Cikgu-cikgu RBT Sekolah Melaka

Aktiviti Terkini | 16 - 18 Julai 2018

Program dijalankan selama 3 hari yang mana ia merangkumi latihan dan pertandingan inovasi yang disasarkan kepada golongan guru bagi menyokong... baca selanjutnya

Program Mengacau Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT Taman Seri Serkam

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama, disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PI dengan komuniti setempat... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Bersama K-Ekonomi Melaka

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2018

Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Chabau

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Online Educational Games–Fast Typing Speed

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat kepantasan dan kemahiran para peserta menaip text yang diberikan... baca selanjutnya

Online Education Games: Words Search

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Bertujuan untuk memupuk kepekaan dan kemahiran peserta dalam mencari perkataan didalam ribuan huruf... baca selanjutnya

Gotong Royong Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Dapat memberi penerangan betapa pentingnya kebersihan alam sekitar secara meluas iaitu dalam dan luar... baca selanjutnya

Hari Mesra Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada komuniti untuk terus berkunjung ke PI1M pada masa akan datang dan memberi penghargaan kepada pengunjung tetap... baca selanjutnya