MCMC Program : Internet Of Thing (IOT) Workshop Bersama Cikgu-cikgu RBT Sekolah Melaka

16 - 18 Julai 2018 | Isnin - Rabu
8.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet Serkam, Melaka

Tujuan:
Para peserta di beri kemahiran asas dalam asas elektronik, pengaturcaraan dan mengusai penggunaan Arduino microcontroller beserta aplikasi berkaitan IOT. Kemudian memberi fokus kepada peserta dalam malakukan perancangan dan persedian dalam membina prototaip berdasarkan idea-idea rekacipta yang telah difikirkan pada peringkat fasa pertama. Di akhir program,sesi pertandingan inovasi dimana peserta akan mempersembahkan hasil rekacipta. Para peserta berpeluang melakukan perbandingan, evaluasi dan memberikan pandangan serta komen kritikal bagi penambahbaikan projek.

Kelebihan:
- Memberi pendedahan berkenaan perkembangan dan percambahan bidang IOT dan industri 4.0 di Malaysia.
- Menyokong aspek pendidikan diperingkat sekolah menengah dengan melibatkan faktor merekabentuk, membina, melakukan analisis dan komunikasi.
- Memberikan pendedahan dan kemahiran asas Arduino dan IOT kepada guru, khususnya bagi sekolah-sekolah luar bandar.
- Melakukan konsep pembelajaran lintas kokurikulum dengan mengakses sebahagian besar subjek-subjek diperingkat sekolah menengah terutamanya yang berada didalam kumpulan STEM.

Penglibatan:
Para peserta.

Nama VIP:
1. Tn. Hj Aisharuddin Nuruddin(Pegawai MCMC Ketua Bahagian Teknologi Dan Masyarakat).
2. En. Hairuddin Mohd Zin(Ketua MCMC Pejabat Negeri Melaka).
3. Pn. Norhayati(Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Melaka).
4. Noora Abu Bakar(Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jasin).

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama