Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.

Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.

Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KLIK DENGAN BIJAK (FB LIVE)

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2020

Untuk mendidik penonton bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA ONLINE : MARI MENGENAL MALAYSIA

Aktiviti Terkini |7 November 2020

Untuk mendidik peserta bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ORIGAMI TERBANYAK DAN KREATIF

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2020

Untuk mendidik peserta bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Untuk membentuk modul pembelajaran mengenai buli di dalam jenayah siber....baca selanjutnya

HARI KEMERDEKAAN (ONLINE COLORING)

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2020

Untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Untuk membentuk modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI ‘KLIK DENGAN BIJAK’ “ELAK SALAH GUNA MEDIA SOSIAL” DI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2020

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dengan pekerja Pusat Internet ...baca selanjutnya

ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” SMKA TUN PERAK

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2020

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dengan pekerja Pusat Internet....baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA 2020@POLITEKNIK MERLIMAU [PROGRAM “WORLD OF WORK” (WOW5.0)] BERSAMA JOBSMALAYSIA (MELAKA)

Aktiviti Terkini | 2 Jan 2020

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya