KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN (KERJASAMA PEDI SERKAM, PEDI SG. RAMBAI, PEDI TAMAN MUHIBBAH & PEDI KEMENDOR)

Aktiviti terkini | 14 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Serkam Ringkasan Aktiviti :
Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985.

Tujuan :
• Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam bermula dari 02:00 petang sehingga 05:00 petang bersama para usahawan PEDi.
• 16 Orang peserta yang terlibat

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
• Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
• Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
• Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/ sisa makanan yang teratur
• Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
• Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
• Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
• Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
• Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
• Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :