KARNIVAL JUALAN KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 13 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui FB (Live) di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam tentang Karnival Jualan Keluarga Malaysia, iaitu program ini bertujuan bagi membantu penduduk setempat yang kurang berkemampuan dengan menawarkan pilihan barang keperluan harian dengan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran.


Tujuan :
• Inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dalam kalangan berpendapatan rendah.
• Menggalakkan penduduk setempat untuk datang ke karnival Jualan Keluarga Malysia bagi mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 03:30 Tengahari - Menyiarkan video ini di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam


Kelebihan Aktiviti :
• Kerjasama antara KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam menangani situasi kenaikan harga barangan.
• Pengguna mendapat tawaran barangan pada harga antara 20 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
• Program ini dapat menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :