‘SUKANEKA SEMPENA HARI KANAK-KANAK’ KERJASAMA PEDi SERKAM, PEDi SG. RAMBAI, PEDi MERLIMAU & PEDi KEMENDOR

Aktiviti terkini | 13 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Serkam Ringkasan Aktiviti :
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Disamping itu, terdapat pengisian-pengisian program yang boleh mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan silaturrahim diantara kanak-kanak dan para ibubapa.

Tujuan :
• Objektif kursus ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan silaturrahim diantara kanak-kanak dan para ibubapa.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
SESI PAGI
• 09.30 Pagi ^ 10.00 Pagi - Pendaftaran Peserta
• 10.00 Pagi ^ 10.30 Pagi – KDB Talk (MIV)
• 10.30 Pagi ^ 11.00 Pagi – Chopstik Kacang Hijau
• 11.15 Pagi ^ 12.00 Tengah Hari – Kepit Belon
• 12.15 Petang ^ 12.45 Petang - Ping Pong dalam Sudu

SESI PETANG
• 2.30 Petang ^ 3.00 Petang – Lukisan Kereta Api
• 3.00 Petang ^ 3.45 Petang – Masukkan Pen dalam Botol menggunakan tali
• 4.00 Petang ^ 5.00 Petang – Makan Epal Guna Tali

• 5.00 Petang ^ 6.00 Petang – Penyampaian Hadiah

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi kepada para peserta
• Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat
• Meraikan hari kanak-kanak kepada peserta yang terlibat
• Memberi pendedahan kepada para peserta tentang program PEDi (KDB Talk)
• Memberi maklumat mengenai aktiviti yang telah dan akan dijalankan di PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :