Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.
Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.
Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024TEMPAT MAKAN MENARIK DI MELAKA 
Aktiviti Terkini | 5 Disember 2021
Menghebahkan kepada orang ramai/pelancong akan makanan di Negeri Melaka............baca selanjutnya
CARA NAIKKAN SALES SHOPEE
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2021
Berkongsi tips untuk menaikkan sales di akaun shopee pengguna............baca selanjutnya
LIVE USAHAWAN OBSESS COSMETICS 
Aktiviti Terkini | 7 November 2021
Menghebahkan kepada orang ramai akan manfaat produk Obsess Cosmetics............baca selanjutnya
PERMOHONAN SIJIL KELAHIRAN YANG HILANG SECARA ONLINE
Aktiviti Terkini | 1 November 2021
Berkongsi cara- cara untuk membuat permohonan sijil kelahiran yang hilang secara atas talian...........baca selanjutnya
REGANGAN (STRETCHING)
Aktiviti Terkini | 8 Okt 2021Berkongsi jenis regangan yang boleh dilakukan..........baca selanjutnya
LOGHAT- LOGHAT NEGERI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 12 September 2021Memperkenalkan loghat-loghat yang ada di setiap negeri..........baca selanjutnya
PERSEDIAAN CALON TEMUDUGA
Aktiviti Terkini | 5 September 2021Memberi tip kepada calon temuduga menghadiri sesi temuduga.........baca selanjutnya
TUTORIAL GUBAHAN HANTARAN
Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2021Memeriahkan majlis perkahwinan.........baca selanjutnya
INDUSTRI KECIL & SEDERHANA
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2021Mempelajari apa itu IKS.........baca selanjutnya
PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) COVID-19
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2021Memberi suntikan dos vaksin "SINOVAC" yang kedua kepada komuniti setempat dan program tersebut mengikut SOP yang ditetapkan...........baca selanjutnya
PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) COVID-19
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021Mencapai imuniti berkelompok masyarakat (Herd Immunity)..........baca selanjutnya
LIVE VIDEO USAHAWAN: CENDOL SERI SERKAM
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2021Untuk membantu mengiklankan perkhidmatan yang disediakan..........baca selanjutnya
LIVE VIDEO: USAHAWAN (GUBAHAN BUNGA)
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021Untuk membantu mengiklankan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan..........baca selanjutnya
LIVE VIDEO: USAHAWAN (SURPRISE BOX)
Aktiviti Terkini | 9 Mei 2021Untuk mengwar-warkan kepada penonton tentang perkhidmatan daripada usahawan Surprise Box..........baca selanjutnya
E-LEARNING: KESELAMATAN MELAYARI INTERNET
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2021Untuk meningkatkan keselamatan pengguna ketika melayari internet.........baca selanjutnya
LEARNING APPS: DIY KAD UCAPAN ( DO ITS YOURSELF)
Untuk mengajar para pelajar membuat kad ucapan sendiri secara berkumpulan dengan kreativi masing-masing.........baca selanjutnya
E-LEARNING BULI SIBER
Aktiviti Terkini |11 April 2021Untuk menerapkan ilmu mengenalpasti tentang pembuli siber........baca selanjutnya
E-LEARNING MAKLUMAT PALSU
Aktiviti Terkini |27 Mac 2021Untuk membantu para pengguna tahu bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu info itu benar atau palsu sebelum disebarkan kepada pengguna internet yang lain.......baca selanjutnya
E-LEARNING MELINDUNGI ANAK ANDA DI INTERNET (KENALI PEMBULI SIBER)
Aktiviti Terkini |21 Mac 2021Untuk menerapkan ilmu mengenalpasti tentang pembuli siber didalam kalangan kanak-kanak.......baca selanjutnya
E-LEARNING MELINDUNGI ANAK ANDA DI INTERNET (JANGAN DEDAHKAN ANAK ANDA KEPADA BAHAYA)
Aktiviti Terkini |18 Mac 2021Untuk menerapkan ilmu kepada ibi bapa bagi melindungi kanak-kanak semasa penggunaan media sosial.......baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |28 Februari 2021Untuk membentuk modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber.....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: PROGRAM PENGAJARAN MICROBIT FS4A
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2021Untuk mendidik penonton bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka.....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: PROGRAM PENGAJARAN MICROBIT FS4A
Aktiviti Terkini | 17 JANUARI 2021Untuk mendidik penonton bagaimana menggunakan teknologi masa kini dijadikan sumber pengetahuan mereka.....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya