Program Pembelajaran Kulinari Makanan, Buah & Kek Anjuran KRT Taman Seri Serkam
23 September 2018 | Ahad
8.30 pagi – 1.00 petang | Surau As-Syakirin Taman Seri Serkam, Melaka
Tujuan:
- Untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan.
- Untuk mengamalkan sistem keselamatan, kawalan kebersihan dan kebersihan makanan.
- Mengendalikan latihan pengeluaran makanan dan kemahiran penyeliaan.
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam seni kulinari.
- Menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi.
- Membangunkan kemahiran yang boleh disesuaikan dengan tahap kerjaya dan peningkatan kerjaya dalam industri.
Kelebihan:
- Membantu para peserta menambah kemahiran dalam menghias makanan.
- Dengan skill yang dipelajari para peserta dapat membina keyakinan jika menyertai mana-mana pertandingan masakan.
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada para peserta sama ada tawaran kerja atau penerimaan tempahan masakan.
Penglibatan:
Penduduk KRT Taman Seri Serkam.
Kelebihan:
- Peserta dalam program seni kulinari akan belajar untuk menyediakan makanan dan belajar mengenai keselamatan makanan.
- Peserta juga belajar bagaimana untuk membuat resipi serta cara membuat gubahan mereka sendiri.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



