BENGKEL USAHAWAN SHOPEE

Aktiviti terkini |25 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Serkam

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan secara terperinci tentang Modul Platform E-Dagang (Shopee).
• Matlamat utama bengkel ini juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menguasai sistem perniagaan secara dalam talian dan seterusnya dapat membantu komuniti setempat untuk memasarkan produk melalui platform Shopee.

Tujuan :
• Memberi peluang kepada peserta mengetahui lebih lanjut mengenai asas perniagaan diatas talian (Shopee) dengan cara yang betul
• Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana cara untuk daftar produk dalam Shopee
• Memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana cara untuk mengiklankan produk perniagaan dalam shopee

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Tarikh : 25 Januari 2024 (Khamis)
• Masa : 09.00 Pagi - 03.00 Petang
• Peserta : 05 orang peserta

Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta diberikan latihan secara praktikal oleh petugas untuk menguruskan kedai secara dalam talian antaranya memasukkan produk di Shopee, pemasaran dan penghantaran produk melalui platform Shopee.
• Peserta turut diberikan penerangan yang jelas mengenai kebaikan dan kelebihan sekiranya menggunakan platform Shopee untuk memasarkan produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :