PROGRAM PENDAFTARAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) KERJASAMA JABATAN PERANGKAAN MELAKA

Aktiviti terkini |17 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Serkam

Ringkasan Aktiviti :
• Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap.
• Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala.
• PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak.

Tujuan :
• Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
• Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
• Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
• Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Hari : Rabu
• Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
• Topik : 'Pangkalan Data Sosioekonomi Bersepadu'

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan akaun dan mengemas kini maklumat peribadi
• Kerajaan dapat melaksanakan dasar dan program bantuan dengan lebih tepat dan adil
• Pemberian subsidi berdasarkan data yang ada dalam PADU

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :