STEM (ROBOTIC HAND DESIGN)

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Serkam

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah bertujuan untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing para pelajar dalam subjek berkaitan Sains, Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Tujuan :
• Dengan mengadakan program ini, dapat memberi idea kepada para pelajar bahawa sains adalah menyeronokkan dan menarik, dengan inovasi-inovasi baru sains, dan pelajar juga dapat mencipta sesuatu projek dengan lebih kreatif dan interaktif.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran pelajar
• Penerangan lanjut mengenai reka bentuk tangan robot
• Reka bentuk tangan robot menggunakan penyedut minuman
• Penerangan hasil ciptaan tangan robot

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mencungkil bakat pelajar di dalam bidang penyelidikan & pembangunan inovasi Sains & kejuruteraan & Matematik (STEM).
• Dapat memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar dalam membuat kajian terkini.
• Dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
• Dapat mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :