KEUSAHAWANAN (DIGITAL MARKETING)

Aktiviti terkini |7 November 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Taman Muhibbah Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah bertujuan untuk bantu usahawan dalam membentuk pemasaran produk atau perkhidmatan menggunakan saluran digital untuk menjangkau pengguna.
• Objektif utamanya adalah untuk mempromosikan jenama melalui pelbagai bentuk media digital.

Tujuan :
• Perlaksanaan program ini membuka peluang dan ruang untuk membantu peserta memahami beberapa strategi menguasai semua saluran pemasaran dalam tempoh masa yang singkat.
• Usaha ini adalah mengembangkan potensi peserta ke arah melahirkan peserta mengetahui cara mewujudkan semua iklan pemasaran di semua saluran pemasaran untuk mengimplementasikan dalam perniagaan.
• Melalui penglibatan dalam program ini, ia sebagai pendedahan ilmu cara paling up to date dan cepat supaya jenama produk atau servis dikenali, dapat meningkatkan jualan yang banyak dan belian ulangan yang tidak putus-putus dari pelanggan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran
• Pengenalan Apa itu Digital Marketing
• Penerangan Digital Marketing
• Program Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan strategi dan teknik pemasaran berkesan
• Memahami konsep dan kepentingan kuasai semua medium saluran pemasaran
• Meningkatkan pengetahuan bagaimana untuk integrasikan semua medium pemasaran perniagaan dengan berkesan
• Memahami tujuan dan fungsi setiap saluran pemasaran diintegrasikan untuk tingkatkan jualan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :