PROGRAM RAMADAN ‘INDAHNYA KATA KEBAIKAN DALAM INDAHNYA RAMADAN MERAIH TAQWA’

Aktiviti terkini | 18 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Serkam
Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan bagi meraikan kedatangan bulan ramadan yang akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia dengan melakukan aktiviti berfaedah apabila berada di bulan ramadan.

Tujuan :
Berkongsi pengetahuan dan asas kefahaman kepada kanak-kanak akan keindahan dan kemuliaan bulan ramadan serta menghayati sirah serta perjuangan umat Islam terdahulu ketika berada di bulan mulia ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
SESI PAGI
• 10.30 Pagi-11.00 Pagi :Pendaftaran Peserta
• 11.10 Pagi-12.00 Pagi :Pembentangan Bulan Ramadan
• 12.00 Pagi-01.00 Petang : Kuiz Ramadan dan Puzzle Ramadan
SESI PETANG
• 02.30 Petang-03.30 Petang :Tayangan Ramadan (Omar Hana & Upin dan Ipin)
• 03.30 Petang-04.30 Petang :Tayangan Perjuangan Rasulullah SAW
• 04.35 Petang-05.15 Petang :Agihan Saguhati
• 05.20 Petang-06.00 Petang :Jamuan Minum Petang

Kelebihan Aktiviti :
• Berkongsi pengetahuan akan bulan ramadan
• Memberi kefahaman akan keindahan bulan ramadan
• Mendidik kanak-kanak akan kemuliaan bulan ramadan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :