Taklimat KDB & E-Waste Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin

30 November 2017 | Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Serkam Maju, Melaka

Tujuan:
Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar diharap dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia. Memperkenalkan program Kewajipan Lanjutan Pengeluar (EPR). EPR adalah sistem pengurusan produk dan sisa supaya pengeluar bertanggungjawab bagi pengurusan produk (mengumpul, kitar semula dan pelupusan akhir) yang mesra alam apabila produk tersebut tidak lagi berfungsi atau dibuang.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
- Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
- Memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.
- Memberi pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
- Menggalakkan pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya.

Penglibatan:
Peserta Program.

Nama VIP:
1). En. Mahmud Bin Johari, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.
2). En. Azman Bin Abu Samah, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.

Perlaksanaan aktiviti:
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Penerangan tentang terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang. Kusus Penyediaan Fail Meja Oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.

Aktiviti Berkaitan:
- Taklimat KDB & e-waste.
- Penyampaian Cenderahati.
- Sesi bergambar.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama