Taklimat E-Waste

19 Februari 2017 | Ahad
10.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Serkam

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan program Kewajipan Lanjutan Pengeluar (EPR). EPR adalah sistem pengurusan produk dan sisa supaya pengeluar bertanggungjawab bagi pengurusan produk (mengumpul, kitar semula dan pelupusan akhir) yang mesra alam apabila produk tersebut tidak lagi berfungsi atau dibuang.

Kelebihan:
- Peserta dapat mengikuti aktiviti bersama & dapat mengeratkan silaturahim bersama para peserta.
- Dapat berinteraksi antara peserta & staff.
- Memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.
- Memberi pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
- Menggalakkan pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya.

Penglibatan:
Ahli dan bukan Ahli PI1M Serkam, Melaka.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

Peserta mengambil tempat masing-masing untuk mendengar taklimat




Kembali ke halaman utama